
Aku .........
Emm... jam dah menunjukkan pukul 1.51 pagi .. Aku
masih lagi terkelip -kelip tak boleh tidur . Bangun terus aku on.. komputer aku
.Aku rasa macam nak menulis pulak malam ni. Aku intai 2 diluar rumah tengok
senyap sahaja ...
Aku agak terperanjat sedikit petang tadi bila disapa oleh jiran sebelah rumah
ku
` Ham...! abang Aziz dah meninggal
'....: teriak jiran ku itu , kak wati namanya.
Ya Allah bila ? : tanya ku .
Petang tadi , Polis yang talifon dirumah ..: jelasnya sambil teresak - esak .
Abang Aziz adalah abang kandung kepada Kak Wati . Sedih dan heninglah
petang itu . Aku lihat ramai kaum kerabat dan saudara maranya yang sudah mula datang
menziarah walaupun jenazah masih belum lagi tiba dirumahnya.
Bila aku renung kembali didalam kehidupan aku , aku dapati sudah berberapa kali
mengalami peristiwa - peristiwa kehilangan orang tersayang seperti ini . Dari
arwah Pakcikku , Ibuku ,moyang ku , nenekku dan terbaru Makcik kesayanganku
...iaini Mak Lang aku...
Masih tergiang - giang lagi di telingaku bila aku menerima panggilan talifon
dari makcik Hasnah aku yang mengatakan bahawa Mak Lang aku telah
meninggal dunia . Dia menangis teresak – esak didalam talifon , aku hanya
berdiam diri mengawal perasaan yang sudah tidak tentu hala.
`Kenapa kau tak balik kampung Ham ? : Tanya Makcik Hasnah ku
` Dia teringin sangat
nak jumpa engkau !‘ ujarnya lagi
Aku hanya mendiamkan diri seribu bahasa . Sudah 3 bulan aku
tidak balik kampung . Akupun tak tahu kenapa aku agak keberatan untuk balik kampong . Munkin disebabkan ada sedikit
perselisihan faham berkaitan dengan perihal adik perempuanku itu .
Engkau balik tak nanti ? : bentaknya .
Hah ah ! balik……. ! : ujar ku sambil mencuba mengawal nada
suaraku yang sudah tidak mampu bersuara .
Aku terus memandu kereta balik kekampung . Kepala aku kosong tiada apa yang difikirkan
.Tiada apa yang tinggal selain jasad
sahaja yang lain , perasaan dan roh
terasanya sudah lama tiba dikampung halaman .
Pukul 3.30
petang aku pun sampai di kampung . Semua mata memandang aku . .. Aku terus naik
keatas rumah dan ku lihat sekujur jasad terbaring kaku . Aku tidak dapat
bertahan lama disana perasaan aku semakin celaru .. terus aku turun dari rumah
mencari angin ketenangan .
Kebiasaannya apabila berlaku kematian didalam keluarga , aku dan arwah Mak lang saling berganding bahu menguruskan perkara – perkara berkaitan
pengurusan jenazah .Memandangkan aku adalah satu- satu anak saudaranya lelaki yang ada , maka apa saja pertolongan
yang dapat ku berikan akan kucurahkan .
`Ham kau dah belikan
air tak kat orang penggali kubur tu ‘…! :
teriak arwah Maklang aku ketika dihari kematian arwah Nenenda aku
dahulu .
Tapi hari ini aku terpaksa berdepan dengan hari
kematiannya pula , lemah langkah ku .. tak ku tahu dari mana aku harus mula
dengan siapa hendak ku bertanya . Makcik – makcikku yang lain tahu betapa sedihnya
hatiku pada hari itu dan mereka pun tak banyak bercakap dengan aku kerana
mereka tahu ini bukan masa yang paling
sesuai untuk berbual dengan aku bertanyakan itu dan ini . Jika adapun munkin
aku hanya diam seribu bahasa ,
seperti biasa itulah cara aku diam
seribu bahasa ..
Bagiku semua
orang akan merasakan hari – hari seperti ini , yang bezanya Cuma cepat atau
lambat sahaja hadirnnya didalam kehidupan seseorang itu .
Aku masih ingat lagi
dihari permergian arwah Moyangku dulu
. Perhubungan aku dan Moyangku sangat rapat , lebih rapat dari hubunganku dengan
arwah ibuku sendiri. Dia sering kali menangis bila setiap kali dia berkata yang dia
akan pergi meningalkan aku ….
` Jaga diri kau baik – baik Ham .. jangan hisap rokok ,
jangan hisap dadah dan baca buku banyak – banyak …’ : nasihatnya kepadaku .
` Aku ni dah tua tak lama lagi matilah aku ni .. Kau jaga
diri kau Ham ‘ … : katanya lagi
Aku hanya diam seribu bahasa tiada apa yang ingin ku tambah
tokokkan semua benar belaka padaku .Tunduk
ke lantai sambil termenung memikirkan bila tiba masanya nanti aku terpaksa melepaskan Moyang aku pergi ..
tidak kira betapa sayangnya aku terhadapnya bila tiba masanya dia akan pergi ,
diakan pergi jua . Cuma aku berdoa agar
diberi kekuatan ketika berhadapan pada hari – hari itu.
Dan dihari – hari
menuju keakhir hayatnya , hatiku sudah mula dapat merasakan hari yang
sangat ku takuti itu sudah semakin
hampir tiba… . Hatiku menangis setiap kali aku teringatkan hari permergiannya .
Dalam tidur pun aku bisa terasakan tangisan hati ku ..
Bulan
Ramadhan sudah menjelma , keadaan Moyangku semakin uzur , namun begitu dia masih
dapat mengecamku lagi Alhamdullilah sekurang – kurangnya dia tahu aku akan
sentiasa ada di waktu dia perlukan aku . Bila tiba waktu berbuka aku hanya
menjamah sedikit kuih muih sahaja
selebihnya aku akan menghabiskan masa aku menyuapkan makanan kemulutnya ….
Sesuatu yang biasa dia lakukan kepadaku semasa aku masih kecil lagi dan
hari ini aku lakukan kembali kepadanya sebagai
simbolik kepada rasa sayang , cinta dan
berterima kasih aku kepadanya .. yang mencurahkan kasih sayangnya kepadaku tanpa jemu .
Aku , Ibuku dan maklang ku antara insan
– insan yang pernah
merasakan didikan kasih sayang dicurahkan oleh Moyang ku ini. Kami semua
pernah diasuh oleh Moyang ku ini
,malahan perhubungan kami 4 beranak ini amatlah
rapat sekali..sudah tentu akulah yang paling manja sekali ..
Bersambung ………..
Hari Jumaat dipertengahan Ramdahan , Moyangku menghembuskan nafas terakhirnya
tanpa aku disisi . Aku berada diBangi diwaktu itu bagi memenuhi jemputan sahabatku
berbuka puasa dirumahnya .
` Ham tak buka dekat rumah hari ni cik ‘ : pesanku kepada
Mak Lang sebelum berangkat pergi..
Engkau nak pergi mana ? : Tanyanya kepadaku .
`Bangi .. munkin lepas isyak nanti Ham baru sampai dirumah
.’. : balasku sambil menjengok moyang ku
yang masih lagi baring dikatilnya .
Pelbagai hidangan yang telah disediakan oleh sahabatku ini
namun bergitu aku tidak dapat duduk lama dirumahnya .Selesai sahaja solat
magrib dirumahnya aku mohon undur diri ada suatu yang tidak kena rasaku , aku
perlu segera kembali kekampung. Setiba aku dikampung aku terus kemasjid untuk
menunaikan solat Isyak . Selesai sahaja mengambil wudhu aku ditegur oleh Wak
Mat….
Engkau dah tahukan ..? : Tanya beliau kepadaku
Tahu apa wak ..? : kataku
dengan penuh tanda tanya.
Nenek kau .. Nenek Bedah kau dah meninggal …: ujarnya ..
Berderau darah mendengar kata-katanya itu , namun aku
kuatkan hati dan terus menunaikan solat
Isyak dengan hati yang sedih
Terang cahaya rumah Maklang ku banyak kereta dihadapan rumahnya ,
sayup – sayup terdengar bacaan yassin berkumandang . Aku melangkah longlai
menghala kerumah .
`Ham , Moyang kau sudah takda lagi ‘..: ujar Mak Lang ku dengan suara yang diselang
selikan dengan tangisan .
Aku diam tertunduk akur dengan ketentuan ilahi ini.
Tidak setitikpun airmataku jatuh , tenang menghadapi saat – saat ini . Munkin
disebabkan aku telahpun terlebih dahulu menangis apabila memikirkan saat – saat
ini tiba . Aku tenang , semua urusan pengubumiannya aku uruskan dengan pantas
dari kain kapan hinggalah urusan lokasi pengubumian jenazah . Inilah salah satu
khidmat terakhir yang dapat aku berikan kepada Moyangku .
` Pergilah Moyang ku ..aku lepaskan permergian kau dengan hati
yang redha , semoga kau ditempatkan disisiNya ' : bisik hati kecilku sewaktu
memberi kucupan terakhir didahinya .
Ramai sungguh orang yang datang memberikan penghormatan
terakhir . Aku agak tersentuh sedikit tak kala imam membacakan talkin itu .
Suasana agak suram diperkarangan kubur , Maklang ku nampaknya sudah reda tangisannya aku melihat – lihat dikawasan persekitaran
kubur sambil bertanya didalam hati dimana pula tempatku nanti agaknya.?
Kematian bagiku adalah lumrah kehidupan yang harus aku
terima kehadiran walaupun pedih untuk menadaptasikannya , yang hidup pasti akan
mati . Aku yang hidup harus terus melangkah kehadapan meniti sisa kehidupan ,
besok lusa munkin akukan mati siapa tahu …!
Aku munkin akan mati besok atau lusa namun itu bukan alasan
untukku berhenti berusaha mendapatkan
apa yang terbaik untuk diriku …….Syukur
aku panjatkan kepada yang Esa kerana diatas limpah kurniaNya , aku mampu
berdiri sendiri hari ini ..
Terima kasih kepada
Ibuku kerana bersusah payah melahirkan aku didunia ini , kepada moyangku yang
mengasihi diriku lebih dari dia mengasihi dirinya sendiri . kepada Mak Lang ku
yang mengajarku erti hidup berbudi didunia ini
..
Sekian………